Kenyataan Akhbar
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu Akan Dibuka 1 Ogos 2019.

Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu akan dibuka semula kepada orang awam pada 1 Ogos 2019 jam 6.00 pagi.

Semua jenis kenderaan dibenarkan menggunakan laluan di jambatan angkat ini tetapi pengguna tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan atau berhenti kerana boleh mengganggu kelancaran aliran trafik.

Para pengunjung yang ingin melawat diminta meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir yang disediakan di bawah jambatan dan menggunakan tangga atau lif. Ruang komersial di ‘sky bridge’ masih belum dibuka dan pengunjung tidak dibenarkan memasuki ruang lobi dan menggunakan tangga atau lif di menara jambatan.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah melantik Terengganu Incorporated Sdn Bhd sebagai operator. Pada masa ini, pihak kontraktor utama masih berada di tapak projek untuk memberi latihan kepada pasukan operator Terengganu Incorporated Sdn Bhd sehingga 30 September 2019.

Semoga pembukaan jambatan ikonik ini akan memberi impak kepada sektor pelancongan Negeri Terengganu seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi rakyat di samping memperkenalkan negeri ini di mata dunia.

Saya berharap agar agensi pelancongan dapat memasukkan lawatan ke jambatan angkat ini dalam salah satu pakej lawatan pelancong ke Terengganu, selain produk pelancongan sedia ada.

Sekian, terima kasih.

“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
31 Julai 2019

Jom kongsikan: