Klik pada pautan untuk muat-turun :
Bilangan 1
Bilangan 2
Bilangan 3
TERENGGANU mempunyai sejarah panjang yang mengikat akar pemikiran rakyatnya, bermula dengan penemuan Batu Bersurat yang tercatat 1303 sehingga kini.
Islam menjadi rantaian sejarah yang mengikat sosiobudaya kehidupan rakyat Terengganu, termasuk memberikan pengaruh kepada pemikiran politik rakyat.
Maka, menjadi tanggungjawab kerajaan yang mempunyai lebih 95 peratus rakyatnya adalah orang Melayu-Islam, untuk meraikan dan menjadikan Islam sebagai kearifan tempatan, terutama dalam membangunkan dasar pentadbiran kerajaan yang sesuai dengan kehendak dan pautan sejarah panjang negeri Darul Iman ini.
Disebabkan itu, dasar dan perancangan teliti perlu dibangunkan untuk membawa Terengganu dan rakyatnya mendapat kebaikan dan kesejahteraan hidup, serta mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT, sebagai mana firman-Nya :
“Jikalau penduduk kota-kota beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat daripada langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. (surah Al-A’raf, ayat 96)
Terdapat tiga dasar kerajaan negeri yang dibangunkan sebagai asas untuk kemajuan Terengganu dan kesejahteraan rakyat. Tiga dasar itu terangkum dalam tiga perkataan iaitu Maju, Berkat dan Sejahtera.
Maju yang ingin dicapai membabitkan tiga aspek iaitu Pembangunan Infrastruktur dan Ekonomi, Pembangunan Modal Insan dan Kelestarian Pembangunan.
Sementara itu, terdapat dua aspek penting bagi dasar Berkat untuk Terengganu iaitu Prinsip Islam dan Penghayatan Takwa yang menjadi asas kepada pembangunan negeri.
Dasar Sejahtera pula menekankan tiga konsep utama iaitu keselamatan, berkebajikan dan kemakmuran.
Dalam usaha menjayakan dasar ini, kita memperkenalkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 sebagai pelan pembangunan dan perancangan yang lebih holistik serta komprehensif kepada rakyat.
Perkara yang lebih penting selain pembangunan dasar adalah aspek pelaksanaan dasar yang sudah digariskan itu.
Sebagai contoh, dalam aspek pembangunan ekonomi dan infrastruktur, kerajaan negeri melihat serta meneliti projek yang boleh menjadi pembawa perubahan dan pemangkin kepada ekonomi rakyat serta negeri.
Oleh itu, kerajaan negeri meneruskan Projek Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) membabitkan pembangunan di Muara Sungai Terengganu bagi mengembangkan sektor ekonomi dan pelancongan.
Pembangunan membabitkan anggaran 72.8 hektar di muara utara dan selatan Sungai Terengganu ini sedang rancak berjalan.
Begitu juga dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf infrastruktur pengangkutan melalui Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu dengan jajaran sepanjang 250 kilometer (km).
Kita menjangka sebanyak 23,000 peluang pekerjaan akan disediakan melalui pembinaan dan pembangunan menyeluruh di sepanjang ECRL.
Pada masa sama, pembangunan modal insan harus digerakkan secara bersama dengan pembangunan fizikal negeri.
Jadi, pendidikan menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam membangunkan sistem pendidikan formal bermula daripada prasekolah, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) sehinggalah penubuhan Kolej Universiti Quran Terengganu.
Penumpuan juga diberikan kepada pendidikan kemahiran berasaskan Pendidikan dan Latihan Kemahiran dan Teknikal (TVET), yang kini menjadi keperluan dalam pasaran kerja.
Kolej yang berada di bawah kerajaan negeri diperkasakan dengan kursus berkaitan TVET supaya anak Terengganu mampu memenuhi pasaran kerja berasaskan TVET ini.
Di samping itu, kelestarian pembangunan amat ditekankan dalam pembangunan negeri. Kerajaan negeri mewartakan dua Taman Negeri iaitu 30,000 hektar hutan sebagai Taman Negeri Kenyir dan 432 hektar tanah bencah sebagai Setiu Wetland bagi memelihara alam semula jadi.
Dalam soal menjamin keberkatan, suatu konsep dan dasar yang tiada pada pemikiran dan agama lain, yang ada pada Islam sahaja. Dasar ini ditekankan supaya kerajaan negeri sentiasa meletakkan syariat Islam sebagai rujukan dalam setiap keputusan dan pelaksanaan keputusan.
Lantaran itu, kerajaan negeri membangunkan satu garis panduan patuh syariah terutamanya dalam sektor hiburan, kebudayaan, sukan dan pelancongan.
Garis panduan ini bukan untuk menghalang, namun sebagai pedoman supaya aktiviti dijalankan berlandaskan syariah dan budaya orang timur.
Perkara paling utama kepada kerajaan adalah kesejahteraan dan kebajikan rakyat, kerajaan yang menjaga kebajikan akan disayangi rakyat.
Namun, konsep ini tidak boleh disalah tafsir sehingga menyebabkan rakyat tidak dapat berdikari dan hanya menunggu bantuan kerajaan.
Oleh itu, konsep berkebajikan yang berasaskan kepada falsafah ‘berikan joran bukan ikan’ menjadi pendekatan pihak kerajaan membangunkan potensi dan menyediakan fasiliti untuk rakyat mendapatkan pendapatan dengan usaha sendiri.
Kerajaan pula bertindak sebagai pemantau dan pendorong melonjakkan potensi serta ekonomi rakyat.
Sebagai contoh, kerajaan negeri menyediakan bantuan berbentuk produktif seperti Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS), Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dan pelbagai bantuan biasiswa pengajian sama ada formal mahupun pendidikan kemahiran.
Ini suatu bantuan yang membangunkan potensi rakyat untuk lebih berdaya saing.
Akhirnya, dasar yang baik ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kerjasama semua pihak bermula pada peringkat kampung, mukim, daerah dan juga negeri.
Saya mengharapkan dengan kerjasama semua, Terengganu Maju Berkat Sejahtera dapat kita realisasikan.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Sumber : Berita Harian
KUALA TERENGGANU: The East Coast Economic Region Development Council (ECERDC)’s integrated development model and close cooperation with the Terengganu State Government have boosted investor confidence, attracting RM700 million in investments last year.
ECERDC chief executive officer Baidzawi Che Mat said the agriculture sector contributed 54 per cent of the total investments followed by manufacturing (24 per cent) and tourism (22 per cent).
“The robust investment is a key driver of Terengganu’s strong economic performance. Interestingly, last year instead of manufacturing or tourism, the agriculture sector recorded the biggest investment.
“This shows that Terengganu is becoming an attractive investment destination for domestic and foreign investors across various sectors, boosting the local economy through the creation of jobs and business opportunities for locals,” he said after the ECER Implementation and Coordination (ICC) Terengganu meeting with Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar today.
Between the year 2007 and 2019, Terengganu has successfully secured over RM34.7 billion in domestic and foreign investments through ECERDC’s projects and programmes, which in turn has created more than 34,000 new job opportunities and 3,700 entrepreneurial opportunities.
“To continue the momentum, ECERDC will focus on attracting investments in sectors such as medical devices, petrochemicals, speciality chemicals, industrial minerals, renewable energy, agribusiness and tourism by taking advantage of Terengganu’s strengths in its natural resources and beautiful islands,” Baidzawi added.
The ECERDC and the State government also jointly develop projects that have been key growth catalysts in Terengganu, including the iconic drawbridge at Kuala Terengganu City Centre (KTCC) which was completed last year
“The drawbridge linking Muara Selatan and Muara Utara of the estuary has become a new iconic tourist destination for the state and boosted tourism in Terengganu while supporting existing upstream marine industries around Pulau Duyong.
“ECERDC remains committed to our investment target of attracting another RM70 billion into the region by 2025 as outlined in the ECER Master Plan 2.0 of which Terengganu is projected to attract RM26 billion, which would create 36,600 job opportunities and 15,550 entrepreneurs.
“This will be achieved by our proven formula of implementing high-impact projects and strategic human capital development programmes and continue cooperation with agencies in Terengganu, Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and PETRONAS to attract private investments,” he said.
Baidzawi said human capital development was a critical driver to uplift the livelihood of the people and through inclusive ECERDC’s programmes, which include academic enrichment programmes, industry-driven up-skilling programmes and comprehensive skills training courses.
“In 2019 alone, the empower ECER Skills and Entrepreneur Training and entrepreneur ECER programmes in Terengganu developed 426 entrepreneurs and created 959 jobs while the ECER Academic Training programme assisted 1,518 underperforming students to improve their academic performance.
“Seeing the impact that these programmes are having on the local communities motivates us.”
Oleh : Rosli Zakaria | Sumber : NST
KALI pertama berkunjung, Empangan Puah dan Tembat sedang dibina. Kunjungan minggu lalu, kira-kira lapan tahun kemudian, kedua-duanya sudah beroperasi. Selepas membuat percantuman minda mengenai kedudukan dahulu dan sekarang, saya mendapat gambaran penuh. Rasa kagum menjelma kerana projek mega yang saya lihat ketika peringkat awal ‘kejadian’ kini sudah berbakti.
Puah yang mula beroperasi pada 2015, menjana 250MW menerusi dua unit turbin (125MW x 2) dan Tembat yang mula beroperasi pada 2017, menjana 15MW menerusi dua unit turbin (7.5MW x 2).
Selain menjana elektrik menerusi tasik yang terbina, kawasan sekitar Empangan Puah umpamanya yang sudah pulih daripada ‘luka pembinaan’, kini kembali menjadi kawasan rayauan gajah.
Empangan Puah dan Tembat melengkapkan sistem takungan bertingkat yang mana air yang dijana di Stesen Janakuasa Hulu Terengganu daripada kedua-dua empangan berkenaan mengalir pula ke Tasik Kenyir dan membentuk Skim Stesen-Stesen Janakuasa Kenyir.
Tasik Kenyir mendapat namanya dari Sungai Kenyir yang mana Empangan Kenyir dibina tidak jauh dari situ.
Ada kira-kira 30 sungai lain termasuk Sungai Terengganu dan Sungai Berang mengalir masuk ke tasik itu yang kemudian menenggelamkan lebih 10 kampung dengan kedalaman hingga 145 meter dan membentuk 340 pulau.
Mula dibina pada 1978 dan beroperasi pada 1985, tasik seluas 370 kilometer persegi, menyamai keluasan Singapura atau satu setengah kali Kuala Lumpur, Empangan Kenyir memainkan peranan utamanya iaitu membekalkan air kepada Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) untuk menjana 400MW elektrik menerusi empat turbin.
Namun, peranan Tasik Kenyir lebih daripada sekadar menjana elektrik. Empangan mewujudkan kesan limpahan ekonomi yang lebih besar kepada penduduk dan negeri terutama dalam kawalan banjir dan kemarau serta membantu dalam aspek pengurusan air minuman kepada penduduk.
Dalam aspek kawalan banjir, jika sebelum ada Stesen Janakuasa Sultan Mahmud di Jenagor, sering dikhabarkan penduduk di hulu terputus hubungan dengan pekan Kuala Berang kerana jambatan di Sungai Terengganu pun tenggelam.
Sebaliknya, sejak 1985 penduduk di hulu Sungai Terengganu seperti Kampung Dusun, Temir, Pasir Nering dan Buluh tidak lagi banjir. Malah, ketika banjir buruk pada 2014, sehingga air melimpah di Empangan Kenyir melebihi paras 148.08 meter, bencana banjir tidak terjadi di kawasan itu.
Ditambah pula dengan kewujudan Empangan Puah dan Tembat yang mewujudkan tasik seluas 7,197 hektar atau satu per enam Tasik Kenyir, aspek kawalan banjir dan pengairan terutama sumber air minuman sebahagian besar penduduk Terengganu menjadi lebih berkesan.
Beberapa daerah dengan penduduk padat di Terengganu termasuk Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang mendapat bekalan air minuman dari Sungai Terengganu. Pada musim kemarau atau apabila air pasang besar melimpah masuk ke Sungai Terengganu, muka suak Syarikat Air Terengganu (SATU) akan menyedut masuk air masin menyebabkan penduduk menerima air payau.
Sekali lagi empangan di hulu milik TNB memainkan peranan. Seperti dikatakan Ketua (Stesen-Stesen Janakuasa Kenyir), Bahagian Penjanaan TNB, Mustaphakamal Yaacob, Empangan Kenyir akan melepaskan lebih banyak air bagi mengimbangi air masin dari laut yang masuk ke Sungai Terengganu.
Namun demikian, peranan yang dimainkan air dari empangan untuk menuras air minuman biasanya hampir tidak diketahui penduduk. Sebaliknya, ketiga-tiga empangan di Hulu Terengganu biasanya mendapat publisiti yang tidak sepatutnya menerusi viral pelepasan air yang didakwa menjadi punca banjir.
Hampir setiap kali musim tengkujuh, akan ada elemen begini termasuk yang disebarkan, baru-baru ini, kononnya berlaku limpahan besar dari Tasik Kenyir.
Memang ada pelepasan, tetapi viral itu diambil di Empangan Tembat yang hanya mempunyai takungan 0.05 peratus dari Tasik Kenyir.
Ia adalah pelepasan semula jadi (natural spillage) yang disalurkan ke Tasik Kenyir dan tidak apa yang perlu dibimbangi penduduk.
Tasik Kenyir pula hanya menyalurkan air ke Sungai Terengganu yang mana walaupun banjir besar 2014, sungai itu tidak melimpah dan membanjiri kawasan sekitar.
Setiap tahun, TNB sebagai pemilik empangan membuat persediaan awal menjelang musim Monsun Timur Laut. Bermula September hingga hujung tahun, paras empangan akan diturunkan secara berperingkat sebanyak 10 meter.
Ini bagi membolehkan empangan menampung jangkaan hujan sangat lebat pada musim tengkujuh.
Perancangan sebegitu membuahkan hasil apabila bencana banjir besar dikekang di sekitar daerah yang ada kaitan dengan Sungai Terengganu.
Dianggarkan dengan terbina rangkaian tiga empangan di Hulu Terengganu, kerugian harta benda penduduk dan kerugian infrastruktur Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akibat banjir yang boleh dielakkan di Kuala Berang berjumlah kira-kira RM6.4 juta (tidak termasuk kerugian ekonomi).
Data itu mencerminkan betapa penting dan kritikalnya pelbagai peranan yang dimainkan empangan kepada orang ramai.
Walaupun hanya lima peratus tenaga elektrik di Semenanjung dijana menggunakan kaedah hidro, (53 peratus arang batu); (42 peratus gas asli); peranan sebenar empangan hidro sebenarnya jauh lebih bernilai dengan mengambil kira aspek strategik dan manfaat ekonomi secara keseluruhan.
Sejajar manfaat yang diraih daripada empangan seperti yang diperoleh Terengganu, cadangan pembinaan empangan di Sungai Nenggiri, Hulu Kelantan umpamanya difahamkan semakin mendapat maklum balas positif daripada kerajaan negeri.
Ketiadaan empangan besar di Kelantan dikatakan antara penyebab negeri itu terus menerima banjir besar termasuk pada tahun ini.
Justeru, menyedari peranan besar dimainkan empangan, usaha bersungguh-sungguh mengurus dan memulihara kawasan tadahan adalah penting dalam memastikan kemapanan sistem empangan untuk generasi masa depan.
Langkah strategik perlu diambil untuk mengawal pembangunan atau penggunaan tanah di kawasan tadahan (huluan), supaya tidak mengakibatkan hakisan tanah dan pemendapan sehingga menjejaskan kegiatan ekonomi dan potensi yang boleh dimanfaatkan oleh empangan hidro.
Untuk memastikan kawasan tadahan terpelihara, TNB turut mengambil langkah di beberapa kawasan empangan dengan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Tasik dan Kawasan Tadahan.
Antara kawasan yang mana jawatankuasa itu merekodkan keberkesanan tertinggi adalah di Kawasan Tadahan Pergau, Ulu Kelantan. Justeru, jawatankuasa sama wajar ada di Hulu Terengganu, Perak dan Pahang sebagai pendekatan strategik masa depan.
Pengalaman getir di Cameron Highlands, Pahang yang turut dilanda banjir besar pada 2014 apabila banyak pihak menanggung kerugian yang bukan sedikit, berikutan terjejasnya kawasan tadahan Lembah Bertam, wajar menjadi teladan. Keladak daripada kegiatan pertanian dan pembalakan di kawasan tadahan, mengalir masuk ke empangan menyebabkannya menjadi cetek.
Loji hidro tidak boleh beroperasi 24 jam sehari kerana bergantung kepada jumlah air yang ada untuk tujuan penjanaan.
Sekiranya ia beroperasi berterusan 24 jam sehari, kandungan takungan empangan akan merosot dan ia tidak dapat memenuhi fungsi kritikal lain, seperti membekalkan air mentah dan pengairan.
Justeru, TNB dan kerajaan negeri di mana terdapat empangan hidro, perlu memainkan peranan memastikan bekalan air empangan dapat dipertahankan pada jumlah mencukupi, bukan sahaja untuk menjana elektrik, tetapi juga memainkan peranannya yang lain seperti mengawal banjir, pengairan dan pembekalan air minuman.
Sangat kagum dengan usaha dan pendekatan diambil kerajaan Terengganu yang menggubal Dasar Perumahan Terengganu yang inti kandungannya memberi penekanan kepada kediaman patuh syariat.
Dasar itu berkuat kuasa pada 1 September lalu dilihat sebagai antara usaha proaktif dan dijangka bakal mencetus fenomena baru perumahan untuk rakyat.
Menurut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dasar baharu itu lebih mesra pelabur dan pembeli dan menyasarkan membina 20,000 rumah mampu milik di seluruh negeri berkenaan dalam tempoh empat tahun.
Beliau menyatakan rumah patuh syariah dan bercirikan Islamik itu memiliki tiga bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan yang diasingkan untuk privasi keluarga, pengasingan bilik mandi dan tandas, selain penambahbaikan beberapa ciri lain.
Mungkin buat masa ini, kita masih kabur bagaimana rupa bentuk rumah patuh syariat yang cuba dirintis kerajaan Terengganu itu memandang selama ini kita jarang memperkatakan hal berkenaan.
Dengan wujudkan reka bentuk perumahan rakyat mampu milik bercirikan Islam dan menepati asas pematuhan syariat itu, kehidupan kita akan lebih tenteram dan lebih penting soal penjagaan aurat dalam kalangan ahli keluarga dapat dipelihara.
Begitu juga sekiranya tetamu datang berziarah, tatacara privasi kehidupan keluarga tidak terganggu.
Rumah tangga yang bernaung dalam situasi patuh syariat memberikan satu impak besar ke atas perkembangan rohani anggota keluarga khususnya dalam kalangan anak-anak.
Percayalah, sekiranya anak-anak dibesarkan dalam situasi sentiasa patuh syariat dengan penekanan kepada penjagaan aurat di samping tidak mengabaikan perintah Allah seperti pelaksanaan solat, bakal membina kerukunan rumah tangga yang diberkati Allah.
Faktor persekitaran rumah tangga juga amat mempengaruhi perkembangan fizikal, mental dan rohani anak-anak.
Anak-anak yang dibesarkan dan dipelihara dengan menjaga aurat serta mengambil berat soal amal ibadat akan menimbulkan kesan positif dalam pembinaan sahsiah diri dan moral.
Mutakhir ini, remaja banyak terpengaruh dengan anasir asing yang menjerumus diri mereka dalam kancah bertentangan adat normal masyarakat dan agama.
Antara faktor yang dikenal pasti membawa tercetusnya fenomena negatif itu ialah keadaan dalam rumah tangga yang kurang menitikberatkan
soal agama.
Ibu bapa seharusnya peka dengan keadaan demikian dan berusaha memberikan curahan ilmu pengetahuan agama yang mencukupi.
Tambah menggembirakan apabila kita diperkenalkan dengan rupa bentuk kediaman yang menepati kehendak agama dan hal itu pastinya memudahkan tanggungjawab dalam menjadikan rumah sebagai platform membina zuriat yang sentiasa menjunjung tinggi ajaran agama.
Apa yang diperkenalkan kerajaan Terengganu menerusi Dasar Perumahan Baharu Mampu Milik yang bercirikan Islamik itu wajar dicontohi negeri lain
di seluruh negara supaya ramai memperoleh nikmatnya.
Oleh : Mohd Rizal Azman Rifin | Sumber : Harian Metro
Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang
My heart truly feels for the six Malaysians who were recently denied permission to board a flight from Kuala Lumpur to Perth. With the flick of the wrist by a certain Australian officer, their planned getaway was cancelled, leaving them dumbfounded and devastated at the airport. And all because they were the victims of false presumptions, resulting in a very ill situation.
While in this case, the right to allow or bar anyone from entering Australia is 100% theirs, and they can do that under whatever pretext or no reason at all; I believe it should be exercised with caution and careful consideration.
I recently travelled to Australia myself, with my wife and children. And though the trip was memorable and enjoyable, I was also subjected to a similar (albeit less intense) position at the airport. The morning of our 10.25am flight from Gold Coast to Kuala Lumpur, at around 9.15 am, 12th July 2019, I became a subject of a certain level of ‘profiling process’ even though as a Chief Minister of Terengganu, I am holding a valid “Malaysian Diplomatic Passport”.
The experience was nothing as compared to the Six Malaysian, but the whole thing was quite an embarrassing spectacle in front of my wife (also a holder of a Diplomatic Passport) and my children. That day, singled out from the group (me and my family), my children looked up at me with curiosity and wonder. What could possibly wrong with their father? What did he do?
To this date, the tiny little experience of mine certainly has dented my inner feelings towards the process of profiling by a well respected country like Australia.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
10 Ogos 2019
KERAJAAN Negeri Terengganu, melalui beberapa agensinya yang dipertanggungjawabkan telah melaksanakan tugas melalui Cadangan Bajet Rakyat Terengganu (CBRT) mengumpulkan maklumat, pandangan dan cadangan untuk dibawa dalam Bajet Terengganu 2020 akan datang.
Ia dibuat dari peringkat Adun, Ahli majlis perbandaran, jabatan-jabatan, MPKK dan pihak-pihak berkepentingan untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi. Mereka telah turun ke semua daerah di Terengganu baru-baru ini mengadakan sesi yang dimaksudkan.
Apa yang dibuat ini sama sebagaimana tahun sebelum ini bagi menyediakan Bajet Terengganu 2019. Input dari pihak akar umbi rakyat penting untuk dimasukkan dalam bajet Terengganu ini agar hasil dari bajet tersebut kembali manfaatnya kepada rakyat.
Dalam sejarah hidup Umar Al-Khattab, beliau pernah mengemukakan model keadilan pemerintahannya. Beliau berkata:
لو عشت لأخذت فضول أموال الأغنياء فرددتها على الفقراء ، ليس أحد أحق بهذا المال من احد ، سألحق أواخر الناس بأوائلها و ليأتين المرأة في صنعاء نصيبها من هذا المال و لأطوفن بالأمصار قأقيم بكل قطر شهرين فإني اعلم ان للناس حوائج تقطع دوني أما عمالهم فلا يرفعونها الي، و أما الناس فلا يصلون الي
“Jika aku terus hidup, aku akan ambil lebihan harta orang kaya, lalu aku berikannya kepada fakir (melalui zakat atau cara lain menurut syarak). tiada seorang yang lebih berhak dengan harta ini dari orang lain. Aku akan hubungkan orang di hujung dengan yang mula-mulanya. Datanglah perempuan dari Sana’a, habuannya dari harta ini. Aku akan beredar ke seluruh pelusuk negeri, lalu aku tinggal di tiap-tiap daerah selama 2 bulan. Aku tahu rakyat ada pelbagai hajat yang tidak sampai kepadaku. Pekerja mereka mungkin tidak mengangkat isu itu kepadaku. Manusia pula tidak sampai kepadaku.”
Saidina Umar bersedia untuk berada di setiap daerah selama dua bulan bagi mendapat input dari rakyat berkenaan hajat dan isu yang mereka kemukakan. Ini kerana maklumat dari rakyat tidak sampai kepada Umar kerana staf yang tidak mengangkat isu itu kepadanya atau rakyat yang tiada saluran untuk memberitahu. Ia adalah satu bentuk cakna yang hebat dari seorang yang hebat.
Dalam konteks semasa, agak kurang praktikal jika seorang ketua eksekutif sebuah negeri atau negara tinggal di suatu daerah selama dua bulan mengumpul maklumat dari rakyat. Agensi tertentu sudah diamanahkan untuk mengumpulkan semua pandangan dan cadangan ini. Semangat dari apa yang dibuat oleh Umar ialah pemerintah sangat sensitif dengan keperluan rakyat.
Saya turut hadir dalam sesi yang dibuat di Pejabat Daerah Kemaman baru-baru ini. Banyak idea yang dikemukakan oleh wakil rakyat, jabatan kerajaan, wakil MPKK dan pelbagai pihak untuk dinilai.
Alhamdulillah, bentuk komunikasi zaman kini juga sudah terlalu canggih dan mudah. Rakyat boleh sahaja mengemukakan cadangan untuk Bajet Terengganu 2020 ini melalui portal ebajet. terengganu.gov.my sebelum 15 Ogos 2019.
Mana tahu, mungkin idea anda diterima oleh pihak kerajaan, lalu dimasukkan dalam Bajet Terengganu 2020, dan anda mendapat pahala setiap kali ia dimanfaatkan oleh rakyat Terengganu.
Mari bersama menyumbang agar Terengganu terus maju, berkat, sejahtera di bawah kepimpinan YAB Dr Ahmad Samsuri dan kerajaan PAS ini.
Oleh : Nik Muhammad Nasri Nik Malek | Sumber : Harakahdaily
PENGUMUMAN Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa kerajaan Persekutuan telah membuat pembayaran wang tunai petroleum sebanyak RM643 juta kepada kerajaan negeri Terengganu ialah satu perkembangan positif yang amat melegakan.
Hal ini demikian kerana pengumuman ini hadir pada saat rata-rata rakyat di setiap pelosok negeri sudah mulai muak dengan perkembangan politik tanah air yang semakin hari semakin mengundang perpecahan.
Tentu sekali, menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih – dan menyusul seterusnya PRK DUN Rantau di Negeri Sembilan pula – minda rakyat Malaysia telah ‘dibebani’ pelbagai isu yang menyemarakkan pertembungan yang bersifat kepartian, tanpa sebarang pulangan ekonomi yang positif buat kehidupan seharian mereka.
Namun pengumuman oleh Menteri Besar Terengganu ini membuktikan bahawa masih ada peluang untuk budaya ‘politik matang dan sejahtera’ diamalkan di Malaysia.
Ternyata, meskipun kerajaan Persekutuan hari ini diterajui oleh Tun Dr Mahathir daripada Bersatu manakala kerajaan negeri Terengganu pimpinan MB Dr Ahmad Samsuri pula daripada Pas, namun ia tidak menghalang kerajaan Persekutuan daripada memulangkan kembali hak rakyat Terengganu yang telah dinafikan sejak sekian lama.
Pada satu sisi yang lain pula, pembayaran wang tunai petroleum secara langsung kepada kerajaan negeri Terengganu ini juga menamatkan amalan sebelum ini yang menggunakan istilah wang ihsan atau wang royalti atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang meletakkan posisi kerajaan negeri Terengganu pada keadaan yang ‘inferior’.
Perkembangan ini sekali gus menjanjikan prospek yang cukup baik bagi kesejahteraan rakyat negeri Terengganu. Dalam Pembentangan Bajet Terengganu 2019 yang bertemakan “Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera”, MB Terengganu turut memasukkan wang royalti minyak dan gas sebanyak RM1.745 bilion sebagai Terimaan Bukan Hasil.
Berikut ialah ulasan Dr Ahmad Samsuri berkenaan isu ini: “…satu perkembangan yang sangat menarik dan positif pada kita dan kita berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang telah mengiktiraf bahawa kerajaan negeri Terengganu berhak untuk menerima wang tunai royalti petroleum ini sebagaimana perjanjian 1974”.
Bagi pihak kerajaan Persekutuan pula, perkembangan ini menepati sedikit-sebanyak Manifesto Pakatan dalam Buku Harapan menjelang PRU14 yang lalu, khususnya Janji 3, halaman 21.
Hakikatnya, pemberian royalti kepada kerajaan negeri pengeluar secara terus ini telah termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang memberi kuasa pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai kepada satu perbadanan iaitu Petronas di mana Petronas pula akan membayar sebanyak 5 peratus daripada pendapatan minyak kepada negeri-negeri yang berkenaan seperti yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Perjanjian yang ditandatangani kesemua kerajaan negeri di bawah akta tersebut jelas mengarahkan Petronas membuat pembayaran setiap enam bulan sekali iaitu pada Mac dan September setiap tahun (Akta 144) (4).
Hal ini disokong pula dengan kenyataan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak di Parlimen pada 1974: “mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperoleh di negeri masing-masing, sama ada yang diperoleh dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut” (Dewan Rakyat, 15 November 1974).
Secara peribadi pula, langkah ini jelas membetulkan kembali tindakan Dr Mahathir yang mengaku bertanggungjawab menyekat pembayaran royalti apabila Pas menguasai Terengganu dalam PRU 1999. Pengakuan ini tercatat dalam memoir beliau ‘Doktor Umum’ halaman 856, Bab 56: Pilihan Raya Paling Sukar:
“Pada waktu itu dan sehingga sekarang, Terengganu adalah pengeluar terbesar minyak di Malaysia dan kerajaan negeri memperoleh lima peratus daripada hasilnya yang berjumlah hampir RM1 bilion setahun. Kita tahu kalau kerajaan baru Pas mendapat wang itu sudah pasti mereka akan menggunakannya untuk mempertingkatkan populariti dan memperluaskan perjuangan mereka. Oleh itu, satu cara perlu dicari bagi menyekat mereka daripada memperoleh dana tersebut”.
Ternyata, banyak yang boleh kita pelajari daripada kematangan berpolitik kedua-dua MB Terengganu Dr Ahmad Samsuri dan juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam isu pembayaran wang tunai petroleum ini.
* Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Oleh : Abdul Muien Abadi | Sumber : Sinar Harian
Selepas lebih kurang seminggu Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dilancarkan, saya kumpulkan beberapa respon dan komen rakyat. Semuanya saya analisa dan ambil perhatian.
Sebelum itu suka saya senaraikan beberapa ciri khusus SBMT.
1. Ianya tanpa faedah, patuh syariah dan tiada caj perkhidmatan. Pinjam 10,000 bayar 10,000. Tiada sebarang caj tersembunyi. Kerajaan tak berniaga dengan memberi pinjaman kepada rakyat. Kadar maksimun RM50,000.
2. Boleh dimanfaatkan untuk apa saja kerja dalam 3 sektor utama iaitu pertanian, perikanan dan penternakan.
3. Pinjaman diberi sebahagian besarnya dalam bentuk penyedian tapak, kelengkapan, barangan, peralatan, haiwan ternakan, anak benih, pagar atau kandang, enjin bot, bahan input atau apa sahaja yang dimohon untuk memulakan usaha atau membesarkan projek sedia ada. Jawatankuasa Induk SBMT yang dipengerusikan Exco Pertanian akan menimbang permohonan sebahagian pinjaman dalam bentuk tunai sekiranya diperlukan.
4. Permulaan bayaran balik yang sangat ‘flexible’ bergantung kepada jenis projek. Contohnya, untuk bela ayam daging, hasil boleh dijual selepas 40 hari. Bayaran balik boleh dibuat selepas 2 bulan. Tapi untuk penanaman nenas, hasil cuma boleh dituai selepas 13 bulan. Tak munasabah selepas 2 bulan kita dah minta bayaran balik. Hasil belum boleh dijual. Mereka akan mula dikenakan bayaran balik selepas 13 bulan pinjaman.
5. Jenis barangan, kelengkapan, input, anak benih, haiwan ternakan dan sebagainya yang nak dibekalkan mestilah dengan persetujuan peminjam. Kalau peminjam nak lembu cherolis, maka lembu cherolis yang akan dibekalkan. Kita tak akan bagi lembu kampung.
Komen rakyat:
1. Sebab apa nak bagi pinjaman dalam bentuk barangan, kelengkapan, input, anak benih, peralatan dan sebagainya. Bagi je dalam bentuk tunai. Ikut suka peminjam nak buat apa. Kalau berjaya boleh bayar. Kalau tak berjaya kerajaan perlu hapus kira hutang tersebut. Tak kan dengan rakyat sendiri pun nak berkira!
Inilah cabaran kita nak membentuk cara rakyat berfikir. Mereka kira itu duit kerajaan, bagi je kepada rakyat. Ikut suka rakyat nak buat apa pun. Sedangkan kita nak bagi pancing dan umpan supaya rakyat boleh mengail dan dapat nikmati hasil tangkapan. Tapi ramai lagi rakyat yang mengharap nak terima ikan siap masak dari kerajaan.
Ramai lagi yang fikir bahawa skim pinjaman mudah seperti SBMT adalah kaedah nak dapat pitih tunai tanpa sebarang komitmen. Tak bayar pun tak apa. Tak buat apa-apa projek pun ok je. Alaaa… duit kerajaan kan duit rakyat!
2. Bagaimana kalau usaha tersebut gagal. Lembu mati, nenas tak berbuah, itik tak bertelur dan macam-macam lagi. Apakah pinjaman tetap kena bayar?
Sebab itu sebelum pinjaman nak diluluskan, satu panel penilai akan turun padang bagi menilai potensi sesuatu projek yang dicadangkan. Apabila dinilai berdaya maju dan berpotensi, kita akan luluskan. Kalau pemohon memohon untuk nak buat kolam ikan, tapi bila panel penilai nak tengok tapak cadangan nak kolam ikan, pemohon gagal nak tunjuk tapak, tentunya kita tak akan luluskan.
Jika kita dah berusaha sebaiknya tapi berlaku bencana alam, wabak dan sebagainya yang di luar daya dan upaya kita, tentunya Jawatankuasa Induk SBMT akan menilai semua yang berlaku seadilnya. Kita adalah manusia yang ada hati dan perasaan, bukannya robot.
Yang jadi masalah, tak mula lagi dah fikir hal gagal dan tak nak bayar pinjaman!
Saya akan terus bekerja keras untuk mengubah cara berfikir rakyat kita. Yang nak maju kita akan bantu, yang masih kaku kita akan gerakkan supaya keluar dari kepompong. Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) Semua rakyat kita belaka.
Dr Azman Ibrahim
Ahli Jawatakuasa Kerja PAS Pusat
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu.
Oleh : Wartawan BO | Sumber : Buletin Online