“Flying Car”: Myth or Reality?

I have been asked by my peers, is it true that the small-scale prototype of the ‘flying car’ exhibited at LIMA 2019 was in fact true and not just a made-up fantasy?

To answer that, and to be fair, I only made an engineering analysis on the prototype model (based on the model scale that went viral). No other information.

If I was answering this in front of a class of engineering disciples, I would have to touch upon Bernoulli’s Principle, Newton’s Law, Aerodynamics, Aerothermodynamics, Fluid Mechanics and many more applied physics principles. I would ask my students to look into the power system, rotor size and design, vehicle design and structural integrity, materials noise and vibration analysis, manoeuvrability, control system, pay-load, power-to-weight ratio, certification and worthiness, dynamic stability etc. I would have them prove through computation fluid dynamics (CFD). But surely in this written piece I will not do the same.

To appeal to the general public, the everyday reader, I will choose to merge my simple answer based on my background as a scientist, an engineer, a researcher and also as a politician; and thus I will do my best to share my opinion while eliminating scientific jargon so everything can be communicated clearly.

Firstly, labelling this invention as a ‘flying car’ is provocative and sensational. Science and technology should exist on the basis of facts, not gimmicks and sensation. Undeniably, this mislabelling could lead to misinterpretation. Therefore it is absolutely crucial that those who introduced this as a ‘flying car’, the inventors and the ministry, rectify it’s nickname so as to not cause mockery. That is the challenge of today. Minsters and Deputy Ministers would not do the invention any injustice to call it a more appropriate name such as ‘vertical take-off transporter’, ‘automobile drone’, ‘drone taxi’, ‘auto hover’ etc.

An accurate name would be assigned based on the principles applied in launching it into the air, be it through ‘vertical take-off’ as much of the conventional drones on the market are, or just ‘take-off’ as is seen in small planes that have retractable wings.

Secondly, some would ask, is it possible for such a thing to exist? Yes, principally it doesn’t go against engineering and there are already vehicles that are capable of levitating at such a height such as drones that can support the load of a human.

And so this begs the question, is it possible what we witnessed at LIMA 2019 would have the potential to ‘fly’?

If it’s construction and design adheres and obeys laws and principles of physics and engineering, there would be nothing stopping it from staying in the air. I believe the company who exhibited this has many able and talented technical specialists, but this prototype/model still has a long way to go before it can be applicable in our daily lives. If that was the proposed design, I advise a more serious attempt to make certain it would be able to stay levitated.

Had this been one of my student’s projects, I would make an early comment on the bizarre design of the netting cover on the fan, which in my opinion would reduce the thrust force and power that would make it possible for the device to stay up in the air at certain heights. A critical factor is that the thrust force and power would be able to overcome the load of the vehicle and also it’s pay-load (whatever the vehicle is meant to hold. Eg a human). This netting cover would only allow air to be expelled through the bottom in a uniform flow but with the consequence of reduced thrust. This would make it difficult for the device to reach a sufficient thrust power to lift it off the ground.

Thirdly, in this new day and age of social media and technology, often times any government initiatives face harsh critiques from the public and other local authoritatives of all sorts of backgrounds and views. Trully understandable.

Ministers and Deputy Ministers who released statements supporting the vehicle should take note that we as authoritative figures must try (and I say ‘try’ because often times – my self – it is hard to control our own emotions) to not react impulsively towards snide comments; that
is to not respond defensively and negatively. Take note and explain with an open heart.

What if instead, we used words such as; “I understand the critiques received and we have taken them into consideration to further improve said vehicle’s design in the future”, “we will provide a sound explanation in the future”, “the technical explanation is so-and-so…”, “the exhibited model was just an example. The final design would be different, more refined and suitable to the vehicles objectives” and etc.

A quote by one fine former CEO of General Electric, Jack Welch : “People have to trust you. You have to build in trust for people.”

Interesting, right? Objectives are easy to make but to make it work, now that’s the real challenge!

Good luck ! Benediximus !

by Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
1 April 2019

“Kereta Terbang” : mitos atau realiti ?

Saya ditanya oleh rakan-rakan, apakah benar model skala kecil prototaip “kereta terbang” yang dipamerkan di LIMA 2019 adalah sesuatu yang benar atau hanya khayalan sematamata ? Jawapannya saya, untuk berlaku adil, saya hanya menjawab dengan membuat analisa kejuruteraan semata-mata terhadap contoh model prototaip (berdasarkan model skala yang di tularkan). Tiada maklumat lain.

Sekiranya saya menjawab di hadapan pelajar kejuruteraan saya maka prinsip seperti Bernoulli Principles, Newton’s Law, Aerodynamics, Aerothermodynamics, Fluid Mechanics, dan segala prinsip fizik akan terpaksa dijelaskan. Saya akan meminta pelajar saya untuk mengkaji aspek power system, rotor size and design, vehicle design and structural integrity, materials, noise and vibration analysis, manoeuvrability, control system, pay-load, power to weight ratio, certification and worthiness, dynamic stability, dan sebagainya. Saya akan meminta pelajar saya membuktikan menerusi computation fluid dynamics (CFD). Tentunya dalam tulisan ini saya tidak akan buat begitu.

Bagi tujuan awam, saya memilih untuk menggabungkan jawapan ringkas saya ini berasaskan latarbelakang saya sebagai saintis, jurutera, penyelidik, dan juga sebagai ahli politik; maka saya akan cuba memberikan pandangan saya dalam bahasa yang paling mudah dan senang difahami.

Pertama, premis bahawa ianya dilabelkan sebagai “kereta terbang”adalah provokatif dan sensasi. Sains dan teknologi seharusnya bukan sensasi, bukan gimik, tetapi perlu berasaskan fakta tepat.

Tidak dinafikan juga mungkin sedikit kesilapan melabelnya, akan membuka ruang penafsiran yang salah. Maka amat penting untuk pihak yang memperkenalkan cadangan prototaip “kereta terbang” itu dan kementerian untuk cepat membetulkan nama panggilannya supaya tidak menjadi momokan. Itulah cabaran dunia baharu. Sebenarnya tidak mengurangkan apa -apa pun sekiranya dengan pantas pihak Menteri atau Timbalan Menteri membetulkan nama “kereta terbang” itu pada hari pertama, dengan menggelarnya dengan nama yang lebih sesuai seperti “vertical take-off transporter”, “automobile drone”, “drone taxi”, “auto hover” atau lainnya.

Nama yang tepat akan bergantung pada prinsip bagaimana kenderaaan berkenaan akan mula berada di udara, samada menerusi “vertical take-off” seperti dron yang ada di pasaran waktu ini atau “take-off” biasa seperti pesawat kecil yang mempunyai “retractable wings”.

Kedua, mungkin ada yang mula bertanya. Adakah boleh wujud kenderaan sedemikian ?. Ya, pada prinsipnya ianya tidak berlawanan dengan kejuruteraan, dan memang sudah ada kenderaan yang mampu berada di ketinggian tertentu seperti dron yang mampu menjadikan
manusia sebagai bebannya.

Maka soalan berikutnya, adakah yang dipamerkan di LIMA 2019 itu adalah suatu yang mungkin boleh terbang ?

Sekiranya rekabentuk dan pembinaannya adalah menepati rekabantuk kejuruteraan dan segala prinsipnya, maka ianya boleh berada di udara. Saya percaya, tentunya syarikat berkenaan mempunyai pakar teknikal yang berkebolehan, tetapi dengan melihat rekabentuk berkenaan perjalanan masih jauh.

Pada hemat saya, sekiranya itulah cadangan rekabentuknya, maka ianya memerlukan cubaan yang lebih serius untuk memastikan ianya mampu berada di udara.

Sekiranya ianya adalah projek pelajar saya, saya akan memberi komen awal terhadap rekabentuk pelik penutup berjaring di atas kipas, yang pada hemat saya akan mengurangkan daya dan kuasa tujahan (thrust force and power) yang akan membolehkan kenderaan itu berada di satu ketinggian tertentu di udara. Faktor kritikal ialah mempunyai daya dan kuasa tujahan dan angkat yang mempu mengatasi berat kenderaan bersama bebanannya. Penutup berjaring berkenaan akan hanya membolehkan angin yang keluar di bawah dalam keadaan seragam (uniform flows) tetapi tujahan mengurang (reduced thrust). Ini akan menyukarkan lagi bagi mencapai daya tujahan bagi mengangkat kenderaan berkenaan.

Ketiga, di zaman media baharu ini, kerapkali inisiatif kerajaan kadangkala juga berdepan dengan kritikan dari rakyat awam, dan pimpinan masyarakat lainnya yang tentunya mempunyai berbagai pandangan dan latarbelakang. Menteri atau Timbalan Menteri yang mengeluarkan kenyataan menyokong kenderaan berkenaan, haruslah mengambil maklum bahawa kita sebagai pimpinan masyarakat hendaklah cuba (saya katakan cuba kerana – saya juga – tidak mudah untuk mengawal perasaan kita sendiri) untuk tidak bertindak balas dengan sindiran orang ramai, iaitu tidak membalas kutukan dengan kutukan balas. Ambil maklum dan jelaskan dengan hati yang terbuka.

Apa salahnya kita menggunakan ayat seperti : “saya memahami kritikan berkenaan, kami akan ambil maklum dan atasi apa jua masalah rekabentuknya”, “kami akan berikan penjelasan di satu masa nanti’, “penjelasan teknikalnya adalah seperti berikut…”, “ïtu adalah contoh sahaja, rekabentuk akhir tentunya berbeza, sesuai dengan objektif kenderaan berkenaan” dan sebagainya.

Jack Welch, mantan CEO of General Electric, menyebut : “Orang ramai mesti yakin dengan anda, anda pula harus membina keyakinan orang ramai”. Menarik bukan, objektif nampak mudah tetapi mengusahakannya adalah tidak semudah itu!.

Semoga Berjaya !. Benediximus !

oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
1 April 2019

Jom kongsikan:
  • 8K
    Shares