KEMAMAN, 5 November – Satu lagi janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditunaikan oleh Kerajaan PAS Terengganu apabila seramai 200 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) mengundi lot tanah masing-masing kelmarin.

Program Undian Lot Siri Pertama sebahagian daripada peserta RTB 1999 hingga 2004 (RTB Terkilan) telah dinantikan selama 15 tahun oleh pesertanya.

Peserta RTB yang terlibat adalah RTB Kampung Mak Lagam, Cukai, Kampung Tempurung, Air Putih, Kampung Matel, Kerteh, Kampung Jabat, Kerteh dan Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.

Majlis yang diadakan di Pejabat Tanah Kemaman itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai.


Kebanyakan peserta yang ditemui teruja dan gembira dengan apa yang terlaksana dan berterima kasih kepada Pejabat Tanah Kemaman terutama wakil rakyat mereka.

Tanah RTB yang juga dipanggil sebagai Tanah Terkilan ini sudah 15 tahun dinantikan oleh pesertanya untuk dimiliki.

Turut hadir pada majlis itu, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim, ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh dan Pengarah Tanah Kemaman, Mohamad A. Rahman, .

Oleh : Alfian Mamad | Sumber : Teganukita

Jom kongsikan: