Category :

Walimatul Urus Perdana Kerajaan Negeri Terengganu akan diadakan pada 24 November 2018. Hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mengikut daerah masing-masing.

Borang permohonan boleh didapati dari pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) mengikut daerah masing-masing.

Pasangan yang layak akan menerima:

1. Satu (1) set persalinan pakaian pengantin (Semasa akad nikah)
2. Wang caruman sebanyak RM1, 000.00
3. Khidmat Juru Nikah & Dokumen Nikah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
4. Pakej Set Perkahwinan (pelamin, andaman, kek, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar)
5. Jemputan jamuan khas pengantin (keluarga terdekat) seramai 100 orang.

Walimatulurus Perdana ini adalah anjuran dari Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Jom kongsikan: