Kenyataan Media
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

COVID-19: Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Covid-19 Fasa 2

Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa mengambil maklum akan impak ekonomi yang dihadapi rakyat dalam fasa Peraturan Kawalan Pergerakan ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Covid-19 Fasa 2 sebagai langkah keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

Pengecualian Sewaan dan Bayaran di bawah seliaan Kerajaan Negeri Terengganu akan dilaksanakan bagi bulan April dan Mei 2020 bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Antara yang terlibat penangguhan bayaran sewa Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk dua bulan iaitu April dan Mei 2020.

Selain itu, bayaran sewa premis perniagaan milik Kerajaan Negeri Terengganu juga dikecualikan bagi bulan April 2020.

Kerajaan juga memutuskan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu dan bayaran sewa bulanan Desa Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020.

Ini juga termasuk penangguhan bayaran sewa bulanan bagi premis-premis perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020.

Diharapkan pengumuman ini dapat meringankan beban yang dihadapi ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini.

‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
23 Mac 2020

Jom kongsikan: