KEMAMAN, 2 Mac – Persatuan Pemandu dan Pemilik Teksi/ Kereta Sewa Melayu Daerah Kemaman menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada kerajaan negeri, kelmarin.

Pengerusi JawatanAQZ$aE@#Xkuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memberikan sumbangan tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-49 persatuan tersebut yang diadakan di Bangunan Wisma Serangkai di sini.

“Saya bersetuju memberikan sumbangan RM5,000 untuk persatuan ini. Selepas daripada ini kami (kerajaan negeri) akan bantu lagi dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai turut memahami kesusahan dan kesukaran mencari rezeki yang dialami oleh semua ahli persatuan dalam keadaan ekonomi negara yang penuh mencabar ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan, Mohd Kamar Wan Othman mengucapkan terima kasih kepada Hanafiah yang sudi hadir bagi merasmikan mesyuarat agung yang diadakan pada kali ini.

“Kami sangat gembira di atas sumbangan yang diberikan oleh pihak YB (Yang Berhormat).

“Harapan kami agar kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian dan membantu kami,” katanya.

Oleh : Ahmad Ezani Razali | Sumber : Teganukita

Jom kongsikan: