DUNGUN – Pihak pengurusan Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) sentiasa mengutamakan dan memantau setiap premis pra-sekolah tersebut selamat untuk pelajar mereka. Pengerusi PASTI Kawasan Dungun, Muhammad Fauzi Mahammad Khairuddin berkata PASTI juga sentiasa menjalin kerjasama bersama pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Pejabat Kesihatan, Bomba dan Polis. “Ini untuk memastikan kesihatan dan keselamatan murid dalam keadaan terkawal dan memuaskan,” ujarnya. Beliau yang dihubungi di sini hari ini sempena edaran kertas A4 oleh Pemuda dan pensil serta poster pembelajaran oleh Ameerah DUN tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda DUN, Ustaz Abdullah Fahim Hussin memberitahu pihaknya amat mengambil berat dan maklum dengan keterbatasan kewangan PASTI yang serba kekurangan.

“Jadi kami mengambil inisiatif membantu sekadar mampu memandangkan kertas adalah bahan utama di dalam pembelajaran,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi PASTI Al- Mukmin, Che Lijah, Mohd Haffiz bin Mat Nor berterimakasih sambil mengalu-alukan sumbangan tersebut dan berharap ianya akan diteruskan di masa akan datang.

” Ini menunjukkan PAS cakna pendidikan tidak mengira samada pendidikan awal kanak-kanak sehingga orang dewasa,” ujarnya lagi.

Oleh : Noreni Abu Bakar | Sumber : Buletin Online

Jom kongsikan: