Category :

KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Sejarawan Malaysia, Mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sambil menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

“Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang telah meninggal dunia pagi tadi (semalam).

“Kehilangan tokoh sejarawan dan ahli akademik negara ini amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Beliau antara yang terlibat dalam penggubalan Rukun Negara. Jasa dan pengorbanan beliau terhadap negara akan sentiasa dihargai,” tulisnya di status facebooknya semalam.

Dr Khoo Kay Kim, yang dianggap sebagai sejarah negara Malaysia, meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada pagi Selasa (28 Mei) di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 82 tahun.

Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga anak, Eddin, Rubin dan Mavin.

Beliau juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada Mei 1969.

Oleh : Suhaimi Taib | Sumber : Teganukita

Jom kongsikan: