KEMAMAN, 20 Januari – Nanas MD2 menjadi pilihan YIT Ketengah Perwira Sdn Bhd sebagai sumber pendapatan baharu.

Pengerusinya, Wan Hapandi Wan Nik berkata YIT Ketengah Perwira Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dibawah kerajaan negeri dimana mencatat keuntungan hampir setiap tahun.

“Perniagaan utamanya adalah sawit. Namun dengan keadaan semasa menyebabkan harga sawit jatuh merundum suatu ketika.

“Penerokaan baharu dalam mencari hasil dan bukan hanya menggunakan satu mata kail sahaja namun kita mencuba beberapa mata kail agar hasil keuntungan lebih besar dan berlipat kali ganda dengan beberapa kajian dan penelitian yang dijalankan sebelum ini,” ujarnya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Penanaman Nanas MD2 di ladang milik syarikat tersebut.

Menurut Wan Hapandi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, nanas MD2 yang ditanam di tanah tinggi adalah nanas terbaik dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk negara ini.

Sementara itu, program tanaman ini ditanam seluas 10 ekar dengan jumlah keseluruhan mencecah 200,000 pokok.

Oleh : Mohd Asraf | Sumber : Teganukita

Jom kongsikan: