KUALA TERENGGANU – Tugas pemimpin, sama ada PAS atau Umno, secara sedikit demi sedikit mestilah memberikan penjelasan tentang agenda besar Muafakat Nasional kepada rakyat dan penyokong masing-masing.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, segala pandangan dan rungutan rakyat mengenai Muafakat Nasional tidak boleh dipersalahkan malah rakyat berhak menyuarakannya.

Katanya, ia lahir kerana sekian lama rakyat terutamanya kalangan ahli PAS berhadapan pelbagai tatacara ketidakadilan sepanjang sejah politik di Terengganu mahupun di dalam negara.

“Supaya apa yang kita mahu capai di peringkat nasional bagi menyelamatkan agama dan negara kita tidak terjejas, dan matlamat bagu membina Negeri Terengganu tercinta ini tidak terencat,” jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Terengganu berkata demikian, ketika berucap pada menggulung perbahasan Belanjawan 2020 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14, di Wisma Darul Iman (WDI) pada hari ini.

Oleh itu, beliau menyeru agar semua pemimpin masyarakat bergandingan bersama untuk membina dan membangunkan negeri.

“Seterusnya menjadikan negeri kita ini (Terengganu) sebagai contoh terbaik keharmonian hubungan didalam masyarakat,” ucapnya.

Tegasnya, segala isu boleh diselesaikan melalui Jawatankuasa Muafakat Nasional Peringkat Negeri Terengganu yang telah ditubuhkan.

Oleh : Adli Mohamad | Sumber : Buletin Online

Jom kongsikan: