Category :

KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengiktiraf peranan kaum ibu dalam institusi keluarga termasuk merealisasikan moto negeri ‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’.

Katanya, sebagai ketua kerajaan, beliau mengiktiraf peranan ibu dalam institusi keluarga sambil menyifatkannya sebagai amat besar dan cukup penting dalam merealisasikan moto kerajaan negeri itu.

“Juga terima kasih buat ummi saya, Puan Hajjah Safiah Abd Latif atas jasa, kesabaran, dan pengorbanan yang tidak tertulis nilainya. Ibu, anda adalah segalanya.

“Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar ibu,” ujarnya.

 Beliau berkata demikian ketika meraikan Hari Ibu dalam status Instagram dan Facebooknya hari ini.

Oleh : Suhaimi Taib | Sumber : Teganukita

Jom kongsikan: