MARANG, 8 November– Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) Alur Limbat menjadi perintis kepada perlaksanaan program  ‘Proof Of Concept’ (POC) di bawah Projek Pintar Terengganu yang diperkenalkan Reality Venture Sdn Bhd.

Projek itu merangkumi PINTAR Connect, PINTAR Secure, PINTAR Health dan PINTAR Education.

Pengarah Urusannya, Dr Abdul Rashid Mohamed Ali, berkata  buat pemulaan, pihaknya memperkenalkan tiga program iaitu PINTAR Connect, PINTAR Health dan PINTAR Education kepada lebih 1,000 peserta masyarakat Alor Limbat dengan penyertaan secara percuma.

Katanya, program yang diadakan selama dua hari dan berakhir hari ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Top IT Industries Sdn Bhd (Top IT).

“Rata-rata penduduk terutama peserta PINTAR Education.menyatakan rasa teruja dan menyarankan supaya program sama akan diperluaskan ke seluruh negeri.

“Memang hasrat kami untuk memperluaskan program sama di 39 PINTAR di seluruh Terengganu mulai tahun depan,”katanya

Beliau berkata demikian kepada UrusetiaPenerangan Darul Iman (UPDI, di PINTAR Alor Limbat, hari ini.

Katanya, program itu bukan saja mampu menghidupkan kembali PINTAR yang dahulunya sebagai Pusat Bestari.Com malah  dapat melahirkan masyarakat celik teknologi maklumat.

“Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu, selaim mahu menjadikan Terengganu sebagai bandar bijak sebagaimana di luar negara dan memaksimumkan pendigitalan di Terengganu,” katanya.

Oleh : Suriati Ali | Sumber : Teganukita

Jom kongsikan: