KUALA TERENGGANU, 28 November – Seramai 1733 orang pemohon lesen motosikal yang lulus kesemua ujian daripada 17, 298 yang memohon fasa satu sehingga November di seluruh negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia adalah salah satu Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu.

“Pemohon yang belum memohon untuk fasa  satu ialah 7072 orang. Jumlah yang meneruskan ke fasa ke dua adalah  4246 dan jumlah yang lulus semua sekali 1733 orang.

“Bila dia lulus ujian komputer dia dapat lesen L dia pun mari kat kita untuk ambil baucer RM150 yang kedua untuk pergi  fasa kedua untuk belajar. Kalau dia gagal untuk ujian komputer  maka dia kena bayaran ulang untuk pengulangan sekali lagi. Itu pemohon kena bayar sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soalan lisan dalam sidang DUN di Wisma Darul Iman pada semalam.

Menurutnya, Majlis Mesyuarat kerajaan negeri  telah bermesyuarat pada Rabu yang lepas  dan telah bersetuju melanjutkan program bantuan lesen motorsikal hingga bulan Mei tahun 2020.

“Sepatutnya tamat untuk untuk sesi 2019 pada bulan November 2019 ini disebabkan ramai lagi rakyat yang belum sempat masuk sepenuhnya untuk fasal yang pertama ia dilanjutkan  dan juga memudahkan untuk fasa yang kedua.

“Program ini insya Allah akan berterusan pada setiap tahun kalau tak sempat tahun ni boleh tahun depan lah itu kemampuan setakat yang ada kepada pihak kerajaan,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau menyeru kepada penerima-penerima lesen percuma ini agar bersungguh-sunggih untuk menhadiri kelas dan ujian amali yang telah ditetapkan oleh pihak institut pemandu.

Oleh : Rohayati Ripin | Sumber : Teganukita

Jom kongsikan: