Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Arifin Deraman memberitahu Smart city akan dibangunkan berteraskan kepada konsep  Bandar Digital sebagaimana digariskan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030) .

Katanya, kemudahan itu  akan menggunakan teknologi IR 4.0 bagi membolehkan komponen insan berinteraksi antara satu sama lain melalui perkongsian data dan perkhidmatan digital yang bersepadu bukan sahaja melibatkan perkhidmatan kerajaan tetapi juga perkhidmatan yang disediakan oleh pihak swasta dan komuniti.

“Hasil dari interaksi antara insan dan syarikat secara digital ini akan mewujudkan ekosistem penciptaan nilai yang berterusan seterusnya menjana ekonomi digital yg mampan ke arah pembentukan masyarakat digital yang sejahtera berteraskan nilai-nilai  Islam.

 “Kerangka kerja “Smart City” ini akan mengguna pakai kerja “Smart City” yang telah dilancarkan di peringkat pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini,”katanya.

Beliau berkata demikian katanya ketika berucap dalam sesi  perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini .

Katanya, berasaskan kepada kerangka ini, kerajaan negeri akan membangunkan “Blueprint Smart City”  yang akan disesuaikan mengikut fokus dan akan menangani isu-isu setempat mengikut bandar-bandar dan kampung-kampung di negeri Terengganu.

“Bagi setengah-setengah isu tersebut, kerajaan negeri akan menggunakan penyelesaian yang ditawarkan oleh teknologi IR4.0 seperti Kecerdasan Buatan (AI), Big Data Analytic, RPA – Robotic Process Automation, Internet of Things (IoT), Block Chain, Augmented Virtual Reality dll”.

“Oleh yang demikian, sebagai kejayaan segera (quick win), kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa projek seperti Smart Traffic Light, Automatic Boomgate, Smart CCTV dan Smart Parking,”katanya

Pelaksanaan projek-projek yang merupakan sebahagian dari komponen Smart City/Digital State itu akan disokong oleh Taman AI Maya yg akan membuat R&D bagi menghasilkan “human capital” (modal insan), produk-produk atau penyelesaian yang berteraskan teknologi IR4.0

Oleh : Suriati Ali | Sumber : Teganukita

Jom kongsikan: