Perutusan Tahun Baharu Cina 2021

Tahun Baharu Cina 2021: Raikan Kegembiraan, Utamakan Keselamatan

Masyarakat Tionghoa sebagai sebahagian penduduk yang tinggal secara harmoni di Negeri Terengganu adalah saling melengkapi. Malah, mereka turut menyumbang ke arah pembangunan dan kesejahteraan negeri ini. Keakraban dan kemesraan antara kaum dapat dilihat di Terengganu semenjak sekian lama.

Tahun ini, kehadiran Tahun Baharu Cina diraikan dalam keadaan SOP yang ketat memandangkan pandemik COVID-19 belum berakhir. Ia pasti memberikan seribu satu makna memandangkan sambutan kali ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Namun, ia bukan penghalang untuk kita saling mengeratkan tali persaudaraan. Sebaliknya, ‘perpisahan sementara’ ini akan mengajar kita untuk lebih menghargai saat bersama.

Saya mengharapkan, dalam kegembiraan menyambut perayaan, jangan sesekali kita lupa bahawa jangkitan COVID-19 masih belum diputuskan. Patuhi garis panduan (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sentiasa utamakan keselamatan diri serta orang sekeliling kita. Bersama-sama kita berganding bahu dan berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan kehidupan kita pulih seperti biasa.

Akhir kata, mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian Kuai Le kepada seluruh masyarakat Tionghoa di Malaysia khususnya di Terengganu. Semoga kehadiran tahun baru ini membawa keharmonian dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Selamat Tahun Baru Cina 2021
Gong Xi Fa Chai, Xin Nian Kuai Le

‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
12 Februari 2021

登嘉楼州务大臣
2021农历新年獻词

2021农历新年:庆祝佳节,把安全放在第一位

华人社区是登嘉楼州和睦融洽相处的一部分。 实际上,华人社会也为州內的发展和福祉做出了贡献。 长久以来,在登嘉楼都可看到种族之间的亲密融洽关系。

今年,由于新冠疫情大流行尚未结束,因此必须在严格的标准作业条件下庆祝农历新年。 由于这次的庆祝活动与往年大不相同,因此它肯定有难以忘怀的情绪。 但是,疫情并不是影响我们之间兄弟情谊的障碍。 反之,这种“暂时的分离”将教会我们更加珍惜共处的时光。

我希望,在庆祝这个佳节的时候,不要忘记这个新冠病毒的感染链尚未断掉。 遵守国家安全委员会(MKN)制定的准则(SOP),始终将自己和周围人的安全放在首位。 让我们在一起肩并肩,祈祷这一大流行病很快结束,使我们的生活恢复正常。

最后,我谨代表登嘉楼州政府,向马来西亚华人社会,特别是在登嘉楼州的华人表示祝贺,恭贺大家:恭喜发财,新年快乐。 但愿新的一年到来,可以带来社会和谐和加强家庭成员间的联系。

2021 农历新年快乐
恭喜发财,新年快乐

“天佑登嘉楼进步与繁荣”

拿督斯里阿末山苏里莫达博士
登嘉楼州务大臣
2021年2月12日

Jom kongsikan: